Wednesday 9 May 2012

Aduh,sakit kepala !

Bismillahiramanirahim,
Assalamualaikum w.b.t

Sejak kebelakangan ni semua orang prasan muka aku selalu muram.Come on...jangan salah faham la,bukan sebab tension nak exam.Bab exam x dak hal punya.Cuma perlu studi dan jawab..haha..Dan bukan sebab ada perselisihan faham dengan kawan2 ka apa ka..ok ? The truth is ,aku diserang penyakit migrain atau tension headache baru2 ni .sbenarnya doktor tu cakap baru suspect atau disyaki migrain bab melalui kesakitan yang aku alami adalah sama dengan penyakit tu.kemudian doktor tu cakap lagi,kalau lepas ni masih rasa sakit kepala lebih dari 4 jam memang x syak lagi,migrain la tu .doktor tu ada bagi ubat,tapi x makan pon.x suka la makan ubat.hehe.pastu exam paper english ada teks tentang migrain plak dah.perli ka pa ha !? cam tau2 ja dengan isu semasa yg aku alami sekarang.benda yg ditulis dalam tu memang tepat sekali.orang yg pernah rasa ja tau betapa sakitnya tak terkata.ia melibatkan sebelah kepala saja.macam aku slalu jadi sebelah kanan.mengikut kajian aku,ia lebih sakit bila ada kesan cahaya dan bunyi yang dipanggil fotofobia dan fonofobia di kawasan berhampiran aku..cewwaah..satu lagi yang membuatkan aku risau ialah penyakit ni selalunya pada orang dewasa tapi macam mana aku boleh tersesat plak ? Erm..lepas ni aku nak ketepikan pasal migrain ni,kalau aku rasa sakit x payah p sekolah kan,menyusahkan je.aku pon x mau bermasam muka dah lepas ni.serius aku cakap asal aku rasa sakit je mesti fikir pasal mati.bukan tu je,aku slalu risau ada ka orang yg mengambil berat tentang aku kalau aku sakit teruk.sekaramg ni aku dah jarang bermuka buku,tapi aku selalu guna twitter untuk luahkan perasaan bab x ramai yg tau twitter aku.Lastly,please forgive me kalau aku ada tersinggung perasaan korang sume selama ni.


w'salam.

Wednesday 18 April 2012

Ada Apa Bahagia Dalam Hujan ?

Bismillahirahmanirahim,dengan nama allah maha pemurah lagi maha mengasihani






hujan rintik-rintik membasahi muka bumi . angin bertiup kencang dan adakalanya perlahan dingin . gelap malam ini ditangisi awan yang terbang di langit . mengapung bersama cahaya bulan yang sedikit . udara menjadi beku sebentar . atmosfera tenang menyelimuti alam . lagu yang berirama perlahan dimainkan , mengulit rasa tenteram kepada jiwa yang mendengarkannya .


ada apa dalam hujan ? 

 ada rasa bahagia . bahagia yang hanyalah biasa-biasa jika dipandang oleh manusia yang biasa . bahagia yang bukan hanya untuk dilihat tetapi dirasa dalam hati . rasa bahagia yang bagaimana ? bahagia yang mendapat pandangan penuh kasih sayang daripada tuhan maha tinggi .


ada apa bahagia dalam hujan ?

kanak-kanak bersampin hijau pulang menaiki basikal sambil bermain hujan pada waktu petang . pulang berkejaran antara satu sama lain di tepi jalan raya yang penuh lopak , membasuh tayar yang botak penuh dengan debu hangat mentari semalam .


ada apa bahagia dalam hujan ?

katak-katak melompat di balik semak di dataran sekolah , entah gembira atau sedih  pada bulan julai . gembira dapat melepaskan diri daripada sekumpulan pelajar aliran sains dan sedih kerna ditangkap , menanti nyawanya hilang pada hari esok di makmal sekolah .

ada apa bahagia dalam hujan ?

pelajar universiti menghirup kopi panas di hadapan laptop bersama teman-temannya . bersama menonton rancangan televisyen yang tergendala , rancangan yang bukan ilmiah pastinya .

 
ada apa bahagia dalam hujan ? 

pekerja kilang yang bekerja keras , membanting tulang demi mengumpul rezeki untuk simpanan masa depan keluarganya . mengucup manja ahli keluarganya sebelum melabuhkan mata dalam dingin hujan .


ada apa bahagia dalam hujan ?

lelaki yang berkejaran dengan rakan-rakannya di padang bola . membunuh suci warna baju dengan lecak perang . gembira hingga ke langit , sehinggakan mahu awan itu terus menangis untuk masa yang lama . dan malamnya , mereka pula yang menangis membasuh kotornya baju bola .


ada apa bahagia dalam hujan ?

 kekasihnya itu mahu memutuskan hubungan di taman yang penuh rintik-rintik . lelaki itu pedih . emosinya didera . mungkin kerna tidak bisa ditolak , diseksa emosinya kerna biasa menonton rancangan gusti yang selalu menyeksa fizikal . lelaki itu bahagia , mengenal apa itu sakitnya kasih sayang yang hilang .


ada apa bahagia dalam hujan ? 

seorang lelaki tua yang berketayap putih lusuh . mengenggam tasbih , mengira tahmid dan melaungkan takbir dalam hatinya . matanya melekat ke langit yang basah , bahagia menanti hari esoknya yang dia masih lagi mahu menghirup angin dingin di balik tingkap masjid .  bahagia yang menjadi dua , sama ada bisa melihat bibirnya menjunjung nama tuhannya atau bisa melihat wajah tuhan yang teragung di alam hakiki .
 

ada apa bahagia dalam hujan berkenaan diri anda ? 

 saya tidak mahu tahu . biarlah ianya menjadi rahsia . rahsia yang dikunci erat dalam hati . rahsia yang hanya kita boleh bongkar kepada tuhan . rahsia yang mengutuh rasa cinta kepadaNya . Alhamdulillah atas segala nikmatMu , nikmat yang berbentuk hujan . hujan yang penuh rahsia .

Wednesday 4 April 2012

Soulmate

Bismillahirahmanirahim .

Mungkin sudah banyak kali kita dengar kata-kata:
Allah beri kita dua mata,dua telinga,dua tangan,dua kaki...tapi Allah cuma beri kita satu hati...kenapa...?
supaya kita mencari satu lagi hati lain..kerana Allah !

Selain satu hati ,Allah juga beri kita satu mulut dan satu 'shield'.Tiga perkara yang hanya satu tapi susah dijaga.Sebab itu tiga perkara ini harus ada teman.Wallahu a'lam.Mungkin ramai yang dah tahu tentang soulmate.

Masing-masing pasti ada soulmate.Kalau belum ada ertinya belum muncul atau mungkin Allah sudah hantar 'dia'ke syurga sehingga bertemu nanti di alam syurga.insya-Allah.Soulmate biasanya insan yang :
  • sangat memahami kita
  • senang dan susah bersama
  • ada aura atau bersependapat 
Soulmate melahirkan sikap luarbiasa kepada pasangannya: sayang,kasih,prihatin,memahami,simpati dan cinta yang luar biasa.Kadangkala kita sendiri tidak perasan betapa indahnya ukhwah yang terjalin.

cuma.....

Alangkah lebih baiknya jika ukhwah soulmate itu dihiasi dengan iman dan takwa.Cinta dan kasih sayang yang membawa ke syurga.ameen .

Friday 2 March 2012

'Time Kaseh Oppa'

what's up yo..
yeah exam dah dekat .tak macam sblom nie slalu tangguh waktu nak ulangkaji ,tapi entah kenapa smangat sngat nak studi sejarah .you know why?? i got a powerful inspirit from someone ! [dokmerapupa] smua ni bermula dari ari rabu yg lpas ;
 
oppa tanya :"bila exam ?"
saya jwab :"mnggu dpan, start ari ahd.."
oppa balas:"buat elok2 tau,jngan lupa baca buku"
saya pon balas balik:"ok oppa..i'll try my best"
dia balas lagi:"esok oppa nak g skolah ngan kwan oppa,rindu kat skolah ."
i reply again:"owh yer,ngatkan rindu kat farhana,hehe..oppa g kol bape?"
oppa:"kol 10.."
balas lagi: "kalau sempat boleh la kita jmpe kan"
oppa(kol 6.30 am bru blas balik):"gudmorning farhana,sori smalam x balas ,oppa trtdo..ngantok sngat..farhana nak buku rujukan x?"
saya :"buku rujukan?,boleh jgak. oppa nak bg ke?
oppa dah x balas,i dont know why..

ari khamis tu saya g skolah cam biasa ,blajar pon cam biasa,g rehat pon sperti ari sblom2 ni..
kol 10.25 pg kluar dr klas,dlm hati dok kata "oppa msti dh smpai ngan kwan dia" .jalan pon control je takot dia nampak dr jauh..haha..bila saya g koop nak beli feveret flower tea(tea bunga),kat kaunter tu nampak bekal wani,kat atas tu ada buku rujukan tasawur dan sjarah spm. teringat mesej pgi td .ini bermakna oppa dah smpai dan oppa bg bku rujukan tu kat wani. ala napa oppa x tunngu farhana dulu.tp xper la 'TIME KASEH OPPA' sbab bg bku tu..smpai kat rumah ada mesej masuk ..

dari oppa :"aslmkm,sori farhana oppa x bg terus buku tu kat farhana,oppa ikot kak nana g bilik lk dia jumpa ngan adik angkat dia..oppa mmang nk jmpa farhana tp tu la oppa tiba2 rasa segan.."
farhana:"w'salam,xper oppa,time kaseh sbab bg farhana buku tu,oppa ni mcam x pernah jmpa farhana,nak segan2 pulak"
oppa:"hehe..sori tau,jngan lupa studi,gudluck untuk exam..minggu dpan kita x payah mesej la,oppa takot ganggu farhana nak studi pulak.."

tu la mesej terakhir dari oppa,lepas ni dia kerja,pastu saya exam..dah x boleh mesej dah..ermm,tp smangat tu masih ada pada buku sejarah dan tasawur..hehe

so,from that time saya brsemangat sngat nk studi.."oppa,you really make me 'berubah' dari 'time' ke 'time' "[hehekorangbuat2pahamjelayer]

papai,nak g studi dulu..jumpa lagi yo !!!

Thursday 16 February 2012

Arca sebagai tugasan Pend. Seni Visual

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kelas Seni minggu depan cikgu Hasnah Rani telah membuat keputusan untuk membina arca daripada dawai .Jadi setiap orang dah pon ada kumpulan masing-masing .Setiap kumpulan mesti bincang tentang lakaran dan langkah-langkah untuk membuat arca .Jadi kumpulan kami memutuskan keputusan muktamad untuk membuat arca berbentuk menara iaitu Eiffel Tower .Kalau menara sebenarnya dibuat oleh arkitek yang hebat dan penggunaan konkrit yang kukuh ,tapi menara Eiffel yang akan kumpulan kami bina hanya daripada segulung dawai halus saja.Entah jadi ke tak kena  tunggu dan lihat je lah .Tak sabar pon ada nak buat arca ni.

Sebelum ni kami telah diajar teknik melukis menggunakan pensel dan warna .Dengar senang je .Tapi agak rumit kalau kita salah teknik dan cara untuk melukis .Untuk lukisan pertama Farhana tahun ni cikgu bagi gred 'B' .Puas hati la jugak sebab sebelum ni main lukis je .Tapi sekarang ,at least dah tahu teknik jadi senang la nak buat lakaran atau lukis lepas ni .

Sebenarnya  tak minat pon melukis ataupun belajar seni tapi dah banyak belajar rasa minat sangat dengan subjek Pendidikan Seni Visual ni.