Thursday 16 February 2012

Arca sebagai tugasan Pend. Seni Visual

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kelas Seni minggu depan cikgu Hasnah Rani telah membuat keputusan untuk membina arca daripada dawai .Jadi setiap orang dah pon ada kumpulan masing-masing .Setiap kumpulan mesti bincang tentang lakaran dan langkah-langkah untuk membuat arca .Jadi kumpulan kami memutuskan keputusan muktamad untuk membuat arca berbentuk menara iaitu Eiffel Tower .Kalau menara sebenarnya dibuat oleh arkitek yang hebat dan penggunaan konkrit yang kukuh ,tapi menara Eiffel yang akan kumpulan kami bina hanya daripada segulung dawai halus saja.Entah jadi ke tak kena  tunggu dan lihat je lah .Tak sabar pon ada nak buat arca ni.

Sebelum ni kami telah diajar teknik melukis menggunakan pensel dan warna .Dengar senang je .Tapi agak rumit kalau kita salah teknik dan cara untuk melukis .Untuk lukisan pertama Farhana tahun ni cikgu bagi gred 'B' .Puas hati la jugak sebab sebelum ni main lukis je .Tapi sekarang ,at least dah tahu teknik jadi senang la nak buat lakaran atau lukis lepas ni .

Sebenarnya  tak minat pon melukis ataupun belajar seni tapi dah banyak belajar rasa minat sangat dengan subjek Pendidikan Seni Visual ni.

No comments:

Post a Comment