Friday, 28 October 2011

Bahasa Jiwa Bangsa


Assalamualaikum semua,adakah anda tahu bulan apakah sekarang??Pandai, sememangnya bulan oktober.Tapi ada bulan yang disambut dalam bulan Oktober setiap tahun iaitu Bulan Bahasa.Haha,sebab itu lah Miss Lolly menggunakan bahasa baku sebagai penulisan dalam blog mulai saat ini.Sebagai seorang penulis blog seperti kawan-kawan yang lain juga,Miss Lolly menyarankan agar meneruskan penggunaan bahasa ibunda kita dengan sempurna dalam penulisan blog.Bukannya mengikut ‘trend’ zaman sekarang dengan menggunakan ‘bahasa rojak’ ataupun bak kata Anwar Hadi ‘bahasa comel’.Bahasa Melayu pada dulu kala dikenali sebagai bahasa Lingua Franca.Iaitu pelbagai jenis rakyat dan bangsa dari rata Negara menggunanya dalam perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai alat berkomunikasi.Persoalannya disini tidak kah kita berasa bahawa telah menjatuhkan martabat ataupun maruah bahasa ibunda kita sekiranya tidak peka terhadap penggunaan bahasa yang betul.Seperti contoh,penggunaan dalam sistem pesanan ringkas(sms) yang sudah menjadi kebiasaan orang Melayu di Negara kita untuk mencampur adukkan bahasa serta memendekkan perkataan.Tetapi lebih elok sekiranya  memendekkan perkataan tertentu haruslah tidak bertentangan maksudnya dan boleh difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Mungkin setakat ini sahaja yang mampu Miss Lolly sampaikan sempena sambutan bulan bahasa pada tahun ini.

Kita jumpa di lain waktu,Wassalam.

1 comment: